Popular Posts

Sunday, February 6, 2011

Pagi yang muram

6hb. February 2011 - 3.04 pm.

Salam sejahtera buat semua,  doa Mak Ngah semuanya dalam situasi yang menyenangkan dan sentiasa berfikiran positif, tenangkan minda dan lapangkan dada dalam semua keadaan. Mak Ngah masih lagi di kampung halaman Pak Ngah, mungkin esok baru berangkat balik dan lusa baru mula bekerja dan tulat ( the day after tomorrow ) baru kelas tuisyen bermula. 

Pagi tadi Pak Ngah ajak Mak Ngah keluar pergi sarapan, Mak Ngah fikir tentu pergi sarapan di tempat dekat-dekat sahaja manalah tahu Pak Ngah bawa sampai ke Segamat untuk bersarapan.  Mak Ngah pakai 'simple' je t-shirt dan seluar jeans .  'Two in one' katannya.  Iayalah semalam dan sebelum tu Mak Ngah ingatkan dia nak pergi bandar Segamat untuk membeli tudung.  Jadi di teruslah sarapan dan pergi kedai pakaian untuk membeli tudung. Masa beli tudung Pak Ngah biarkan Mak Ngah seorang untuk memilih apa-apa yang Mak Ngah nak beli.  Dia tak menganggu pun dia pergi mana pun Mak Ngah tak tahu sebab lepas sarapan Mak Ngah jalan kaki je pergi kedai tersebut yang cuma langkau sebuah kedai dari tempat kami bersarapan. 

Rasanya hampir sejam setengah Mak Ngah memilih tudung, telekung dan anak tudung.  Setahun sekali membeli apa salahnya kan!  lagi pun tudung Mak Ngah semuanya dah lusuh dan berbulu begitu juga anak tudung.  Telekung Mak Ngah beli tiga pasang untuk Mak Ngah, Mak Mak Ngah dan adik ipar Mak Ngah.

Selalunya telekung Mak Ngah beli masa bulan puasa iaitu sebelum hariraya.  Ianya bertukar setahun sekali dalam keghairahan membeli baju raya Mak Ngah juga akan beli telekung baru.  Tapi tahun lepas tak sempat sebab tu baru hari ni dapat beli.  Oleh itu setiap tahun telekung Mak Ngah akan baru. Kat  rumah Mak Ngah banyak telekung yang masih elok,  selalunya kalau pergi mana-mana Mak Ngah akan bawa telekung lama dan ketika berhenti bersembahyang di surau atau masjid Mak Ngah akan tinggalkan di tempat tersebut dan menganggapnya sebagai wakaf.  Walaupun terpakai tapi masih elok.  Mak Ngah mengaku bukanlah seorang pembersih sangat tapi bab telekung Mak Ngah akan pastikan ianya sentiasa bersih dari apa-apalah yang tak sedap di pandang tak selesa di pakai dan dari bau yang tak menyenangkan.

Selepas membuat pembayaran, Mak Ngah keluar kedai Pak Ngah dah stand-by depan kedai tersebut.  Mungkin dia dah tahu Mak Ngah kat kedai tu kot.  Naik je kereta Mak Ngah nampak muka dia lebih masam dari cuka. 

' Beli barang sampai dua jam,  bukan  nak berniaga' Pak Ngah bersuara.

Mak Ngah malas nak menjawap kerana ianya akan  memanaskan lagi  keadaan.  Mak Ngah cuma mendiamkan diri sahaja. Air-cond dalam kereta Mak Ngah pulas ke angka 2.  Moga panasnya sejuk sikit detik hati Mak Ngah. Sebenarnya Mak Ngah dah jangka situasi begini.  Semalam Mak Ngah ada beri idea kat Pak Ngah agar Mak Ngah pergi ke Segamat seorang je.  Mak Ngah tahu perangai sendiri selalu kalau membeli memakan masa yang lama,  selagi tak puaslah katakan.  Pak Ngah pula jenis yang tak suka menunggu lama dan tak suka beli barang, tapi dia juga yang buat pilihan. 

Semasa dalam perjalanan balik,  dalam kereta sunyi sepi tanpa sepatah perkataan yang Mak Ngah luahkan, cuma hati sentiasa berzikir, bertasbih dan  berselawat sambil menarik nafas panjang-panjang menenangkan perasaan sendiri. Mak Ngah tak nak menyalakan lagi api.  Panas dengan panas nanti jadi api.  Macam kalau batu sama batu di geselkan akan mengeluarkan api.  Biarlah,  InsyaAllah hati Pak Ngah akan sejuk nanti.

Sampai aje kat rumah terus Mak Ngah masuk bilik baca suratkhabar.  Pak Ngah pun sama terus meneliti 'Star' suratkhabar. Agaknya lima belas minit dia pun keluar bilik.  Mak Ngah meneruskan pembacaan. Jam menunjukkan pukul 1.14pm, Pak Ngah menjengok Mak Ngah kat bilik menanyakan samada hendah mandi atau tidak kerana dia akan mengambil tuala di luar rumah.  Mak Ngah hanya mengangguk.

Pak Ngah dah mula sejuk.  Memang selalunya begini, tapi dia cepat sejuk. Lepas tu dia ajak Mak Ngah makan selepas  solat zohor.

InsyaAllah kita jumpa lagi. Kita harus berfikiran positif dalam setiap keadaan

Wassalam,
Salam Sayang.
Mak Ngah.

Diary Mak Ngah

Salam,  hari ini adalah hari pertama saya menulis dalam blog ini.  Fikir punya fikir dan saya memilih Mak Ngah untuk membiasakan diri.  Nampak tak glamour tapi rasanya sesuai dengan semua peringkat usia, nenek, makcik-makcik, kakak, abang, adik, anak, cucu.  Tambahan lagi usia telah mencecah usia Midi. Mak Ngah cuma ingin berkongsi rasa dalam diary setiap hari dan sekiranya ada yang positif sila ambil sebagai pedoman. Mak Ngah bukannya siapa2, cuma seperti kamu semua hamba Allah yang kerdil.  Cuma Mak Ngah terasa hidup ini seronok kerana banyak warna dan warni tambahan lagi jika hati selalu berfikiran positif.  Hari ini Mak Ngah bercuti raya cina di kampung Batu Anam, Segamat.  

Dua tiga hari lepas banyak jalan di penuhi air banjir tapi kini Alhamdullilah jalan ke Segamat sudah boleh di lalui. Mak Ngah balik hari selasa minggu lepas,  ketika itu perasaan ada sedikit sedih,  bukan apa keluar bonus cuma 1.5 bulan sahaja.

Selama 9 tahun berkhidmat inilah tahun yang paling kurang yang Mak Ngah dapat walaupun tahun lepas adalah yang paling banyak profit yang company dapat. Mak Ngah tahulah sebab Mak Ngah yang buat 'account' syarikat.  Hari terakhir bekerja tu Mak Ngah pujuk hati dengan berfikiran positif.  Semuanya rezeki yang Allah berikan, semuanya ujian bagi kita, InsyaAllah mungkin di hadapan ada peluang yang lebih baik.  Itu ayat yang Mak Ngah telah 'setkan' kat minda ini.  Mak Ngah mesti berfikiran begini, kalau tidak Mak Ngah rasa tak 'happy' dalam melakukan kerja.  Sebab bagi  Mak Ngah kalau tak happy bekerja nanti tiada keberkatan dengannya.  Kita bekerja untuk mendapat dua menafaat di dunia(gaji)  dan akhirat (pahala).

Hari ini Mak Ngah dah ok.  InsyaAllah.  perasaan negatif tentang majikan dah tak ada lagi. Mak Ngah terima seadanya dan Mak Ngah tak boleh untuk mempertikaikan keputusan majikan.  Dan untuk Mak Ngah berhijrah ke syarikat lain bukanlah satu keputusan yang bijak.  Alhamdullilah Mak Ngah dah betul-betul ok sekarang.  InsyaAllah.

Cukuplah untuk hari ini,  apa yang baik kita kongsi-kongsikan bersama.

Wassalam.

Salam Sayang
Mak Ngah