Popular Posts

Sunday, February 6, 2011

Diary Mak Ngah

Salam,  hari ini adalah hari pertama saya menulis dalam blog ini.  Fikir punya fikir dan saya memilih Mak Ngah untuk membiasakan diri.  Nampak tak glamour tapi rasanya sesuai dengan semua peringkat usia, nenek, makcik-makcik, kakak, abang, adik, anak, cucu.  Tambahan lagi usia telah mencecah usia Midi. Mak Ngah cuma ingin berkongsi rasa dalam diary setiap hari dan sekiranya ada yang positif sila ambil sebagai pedoman. Mak Ngah bukannya siapa2, cuma seperti kamu semua hamba Allah yang kerdil.  Cuma Mak Ngah terasa hidup ini seronok kerana banyak warna dan warni tambahan lagi jika hati selalu berfikiran positif.  Hari ini Mak Ngah bercuti raya cina di kampung Batu Anam, Segamat.  

Dua tiga hari lepas banyak jalan di penuhi air banjir tapi kini Alhamdullilah jalan ke Segamat sudah boleh di lalui. Mak Ngah balik hari selasa minggu lepas,  ketika itu perasaan ada sedikit sedih,  bukan apa keluar bonus cuma 1.5 bulan sahaja.

Selama 9 tahun berkhidmat inilah tahun yang paling kurang yang Mak Ngah dapat walaupun tahun lepas adalah yang paling banyak profit yang company dapat. Mak Ngah tahulah sebab Mak Ngah yang buat 'account' syarikat.  Hari terakhir bekerja tu Mak Ngah pujuk hati dengan berfikiran positif.  Semuanya rezeki yang Allah berikan, semuanya ujian bagi kita, InsyaAllah mungkin di hadapan ada peluang yang lebih baik.  Itu ayat yang Mak Ngah telah 'setkan' kat minda ini.  Mak Ngah mesti berfikiran begini, kalau tidak Mak Ngah rasa tak 'happy' dalam melakukan kerja.  Sebab bagi  Mak Ngah kalau tak happy bekerja nanti tiada keberkatan dengannya.  Kita bekerja untuk mendapat dua menafaat di dunia(gaji)  dan akhirat (pahala).

Hari ini Mak Ngah dah ok.  InsyaAllah.  perasaan negatif tentang majikan dah tak ada lagi. Mak Ngah terima seadanya dan Mak Ngah tak boleh untuk mempertikaikan keputusan majikan.  Dan untuk Mak Ngah berhijrah ke syarikat lain bukanlah satu keputusan yang bijak.  Alhamdullilah Mak Ngah dah betul-betul ok sekarang.  InsyaAllah.

Cukuplah untuk hari ini,  apa yang baik kita kongsi-kongsikan bersama.

Wassalam.

Salam Sayang
Mak Ngah

No comments:

Post a Comment